Wednesday, 20 May 2015

Kolej Matrikulasi Kelantan

"Matriks? orang cakap susah gila kan nak score. ish taknak lah"

ok, that was my first thought when i got offered into matriks Kelantan. actually akak memang taknak pun masuk matriks sebab ramai orang cakap susah.

At the same time akak dapat jugak UPU tapi dekat UNIMAS (sarawak) kos Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan untuk 3 tahun setengah. So time tu tercengang cengang jugak aduhh dapat jauh pulak. akak asal orang shah alam sooo sarawak and kelantan tu pun jauh K dgn selangor T.T

then, bila bincang2 dgn ibuku tersayang, dia kata takpe masuk je lah matriks, at least setahun je pun kau tahan je lah dekat kelantan tu, hati sangat berat nak masuk matriks sbb akak terlalu  negatif dgn diri sendiri "kau takleh make it lah dkt matriks. matriks susah!"

tapi bila family dah pujuk punya pujuk , ke Kelantan lah akak.


Haaa cantik kan?

one thing pasal KMKt ni pemandangan dekat sini sangat cantik. sebab belakang dorm korang ada gunung, so bila time subuh or pagi kalau ada kabus tu sangat cantik.






ok dkt matriks ni ada 3 aliran:
1. SCIENCE
~MODUL 1 (biology, physiscs, chemistry, maths)
~MODUL 2 (physics, chemistry, maths, sc.computer)
~MODUL 3(biology, chemistry, maths, sc.computer)

2. ACCOUNT
( akaun, maths, ekonomi, perniagaan)

3. TEKNIKAL
(Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan)

Akak adalah budak sains, modul tu kita tak boleh pilih sendiri, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang akan tentukan berdasarkan result spm korang. (tapi sebenarnya tak jugak haha) so korang jgn lah risau. At first akak dapat Modul 1. bila akak dah masuk kelas dalam seminggu, baru lah akak sedar akak ni memang Tak Pandai physics. so akak mohon utk tukar Modul 3


PENUKARAN MODUL N ALIRAN? BOLEH KE?

BOLEH! jangan risau. tapi penukaran modul ni ada tarikh tertentu yg pihak HEP buka. so korang kena alert lah ye .mohon je kalau korang rasa korang  x  boleh bawak subjek tu. bila akak dah dapat tukar kpd modul 3, akak memang rasa lega tahap dewa lah org kata sbb no more physics babeh hahaha k dah.

BUT! untuk penukaran aliran, sila beri perhatian ye adik adik oi
kalau awak memang dapat aliran SAINS tapi nak tukar aliran AKAUN, BOLEH!
kalau awak memang dapat aliran AKAUN tapi nak tukar aliran SAINS, TAK BOLEH!

so take note ye! sbb pernah ada satu kes budak KMKt ni dia mmg budak akaun tapi nak sains tak boleh, so maybe dia terlalu sedih ke dia terus quit matriks, haa kan dah rugi dkt situ.


JADUAL MACAM MANA? KETAT TAK?

Soalan mcm ni kalau korang tanya mana2 ex budak matriks kalau dia jawab TAK haaa memang akak salute dia 1000x.

jadual dekat sini memang packed. akak tak tipu. start 8 pagi and kadang2 habis pukul 5 petang. tapi ni selalunya untuk aliran sains lah. kalau akaun tak pack sgt. jgn risau.
 actually ni bergantung jugak kepada nasib, kadang2 padat jugak jadual

And just nak bagi korang prepare skit, seminggu sebelum exam Ujian Pertengahan Semester (UPS) or seminggu sebelum study week PSPM, lecturer akan buat kelas hampir setiap malam. so masa tu akak memang flat habis ahh penat sangat. ye lah habis kelas pkul 5 petang, then balik bilik baru nk makan, nak solat nak basuh baju . pokpek pokpek dah pkul 6 atau 630 ptg. pkul 8 ada kelas. ok sila lah ye bayangkan betapa tepunya otak akak time minggu ni.


nahh hampa tgk lah sendiri haha. tapi ni jadual masa akak Modul 1. jadual modul 3 mana ntah pergi. tapi lebih kurang macam ni lah jadual nya.



PEMAKAIAN ? BOLEH PAKAI SESUKA HATI KE?

ok, korang memang kena berpakaian formal setiap hari kelas. No seluar jeans, No baju ketat2 (mencolok mata)

1. LELAKI & PELAJAR PEREMPUAN YG NON- MUSLIM
   
~Kemeja lengan panjang, seluar slack , kasut bertutup hitam. 

2. PEREMPUAN MUSLIM

Baju kurung , bertudung yg menutup dada, kasut bertutup hitam.
p/s : for non muslim female students yg nak pakai baju kurung xde masalah. pakai je :)

Aaand ramai jugak yg tanya pasal kasut. ok issue kasut ni kan dalam borang dia tulis kasut pvc berwarna hitam je kan? kalau korang nak ikut jejak akak lah kan, awal2 minggu je akak ikut rules, lepas tu akak pakai je kasut warna lain. yg penting asalkan bertutup. korang jadi jelah budak nerd kejap ikut rules awal2 masa belajar. sbb nnti dah masuk bulan ke-2 confirm ramai je yg pakai kasut warna lain, kasut sneakers. tapi pandai2 lah cover daripada lecturers. lagi2 lecturers yg garang2

BILIK? ROOMMATES?

KMKt sediakan 4 blok asrama (Blok A , Blok B, Blok C untuk perempuan) and (Blok D untuk lelaki)
Memang ratio student perempuan n lelaki adalah 3: 1
Lelaki memang cinonet (sikit) je. 
kalau korang dapat aras G, mesti korang happy sebab dapat aras bawah sekali takyah nak mendaki sangat. Haaa Tapi tapi tapi jangan nak happy sangat dik. kalau korang nak sidai baju jangan marah lah kenapa baju korang tak kering-kering walaupun dah 3 4 hari jemur

bagi akak, kalau adik dapat nombor bilik 16,15,14,13 tak kisah lah blok mana pun n aras mana,  consider yourself lucky k. sebab bilik2 ni banyak gila benefit.
~Dekat dengan Tangga, Toilet, Bilik iron and boiler ,ada balcony and dekat dengan tempat sidai baju. jarang lah korang nak berebut rebut dengan budak2 lain.

Dulu bilik akak aras 2 dan nombor bilik salah satu lah nombor yg akak cakap tadi.
penat tu penat gak lah nak mendaki setiap hari tapi bila dah lama2 tak rasa apa dah.
 Satu bilik ada 4 orang maksimum. Alhamdulillah, akak dapat roommates yang sangat sangat best, sengal, sekepala dengan akak.
selalu gaduh, gelak sama sama. haih rindu weh korang T.T


Farhah, me , Hanis, Zura

Zura gemuk, cengeng. kawan gaduh setiap hari



nasihat akak untuk korang, tolonglah jangan bermasam muka dengan roommates sendiri. jangan ego sangat nak berkawan, jangan memilih kawan. apa apa perangai buruk kawan korang lagi2 roommates tu tegur dulu.  tapi tegur secara baik. roommates ni akan jadi best buddies korang  sepanjang korang belajar.



kawan I through thick and thin, LINA


FACILITIES DEKAT KMKT OKAY TAK? 

As you guys know KMKt baru setahun beroperasi. So sangat baru kolej ni. Ada kelebihan and ada jugak kekurangan dkt sini.

Kelebihan:
1. Bilik asrama  sangat best. sebab semua baru. tilam, meja, locker.

2. Kawasan asrama pun best. Ada bilik iron dan boiler setiap aras. Bilik washing machine, DLL
and fyi, washing machine dkt sini adalah RM 3.50 sekali basuh. tapi korang kena prepare duit syiling 50sen lama tu bnyak2 lah kalau nak guna sebab machine hanya terima duit 50sen lama tu. n kadang2 banyak kali kena telan.



3. Tempat belajar pun awesome sebab semua baru. Dewan Kuliah Besar (DKB), Dewan Kuliah Kecil (DKK), Bilik Tutorial , Makmal, Perpustakaan. tu semua jangan risau. semua okay sangat cuma ada lah slack sikit tu semua korang figure it out k haha x best lah kalau semua akak bagitau kan.



haa ni adalah DKB. Besar kan. kalau korang ada kuliah tengah hari atau petang tu hmm nasib lah eh. air cond memang tak rasa sangat. Harap maklum. tapi kalau kelas malam memang sejuuuuk brrr


Kekurangan:

1. Takde kiosk untuk photostate dekat dlm kolej. kalau setakat nak photostate 10 helai ke bawah tu boleh lah kamcing dengan staff HEP or staff library. kadang2 dorang bagi, kdg2 tak bagi. cara belajar dkt sini lecturer akan bagi satu kuliah satu copy of lecutre notes. so kalau nak photo state kena buat dkt luar kolej so procedure dia susah skit lah. tapi xpelah ni namanya pengorbanan masa belajar. tapi bukan semua subjek cara belajar dia macam ni. certain je.

2. Takde padang dan kemudahan permainan sukan yg mencukupi.
so, kepada budak2 yg suka main bola petang2 tu lagi2 bdak lelaki korang kena pandai2 lah cari tanah lapang dkt kmkt ni jadikan lah sebagai padang korang. jangan risau, kalau xde padang x mati lah korang. Bola or equipment sukan korang boleh pinjam dgn pihak kolej. so takyah lah susah2 bawak dari rumah. so dah nama pun pinjam, jangan lah buat macam harta korang pulak. jaga elok2 harta kerajaan tu

3. Takde surau yang proper. So dkt KMKt surau kami adalah  dalam Dewan Ibnu Yunus. dekat sini memang selalu buat solat jemaah setiap hari. Solat subuh, maghrib dan isyak sahaja. korang jangan jadikan alasan sebab takde surau taknak / malas nak solat jemaah. orang dulu beralaskan pasir, berbumbung kan langit pun masih boleh solat jemaah tau!



 OUTING?
 Ok bagi akak outing dkt sini annoying sikit lah. bukan nak melemahkan semangat korang or burukkan nama kpm. ni just bagi pendapat akak lah.
Hari outing diasingkan berdasarkan jantina.

JUMAAT - Pelajar Perempuan
SABTU- Pelajar Lelaki

Waktu Outing :

8pagi---7malam
 kalau korang tak balik kolej by 7 malam, korang akan dikenakan blok outing selama 2 minggu. so pandai2 lah plan dengan member nak keluar mana.

Transport?

dalam kmkt pelajar memang x boleh bawak kenderaan (kereta & motor). so kalau korang nak keluar jgn risau, hari minggu je beratur pakcik2 prebet dekat luar gate tu. 
"prebet tu apa?"
prebet tu macam non official taxi. rate dia murah sikit lah 
bus pun ada disediakan tapi untuk pergi KB mall sahaja. and murah sangat naik bas drpd naik prebet. sekali pergi kalau naik bus RM 4 sorang. kalau prebet haaa ambik kau sorang RM 15. cekik darah kan?

For those yang nak sewa kereta pun boleh. sewa kereta ada dekat politeknik, poli tu dekat je dgn econjaya. korang cakap je dkt prebet tu nak pergi poli. dorang sure tau punya, tapi issue sewa kereta ni buat diam2 tau. jangan sampai lecturer tau sbb dorang sbnrnya taknak bagi students sewa kereta sbb ada kes accident. korang dah sewa pandai2 lah jaga diri and jaga kereta tu eh

Ada Tak Tempat Menarik?

ok dulu akak kalau outing pun kalau just nak beli brg bilik atau peribadi akak akan keluar pergi econjaya dekat Kok Lanas ( < 10 minit from college )





barang-barang dekat econjaya ni kalau nak kata murah HMMMM takde lah jugak haha. tapi kalau dah terdesak bantai je lah dik oi

kalau elaun dah masuk akak jalan jauh lah sikit, kadang2 pergi KB mall (45 minutes from college)
  
and akak pernah jugak pergi round2 kelantan ni. boleh lah nak releasekan stress sikit


Pasar Siti Khadijah (PSK)


some random paddy field. 


Pantai Irama, 

 Bachok (tak silap lah)




 Time outing yang ni kitaorg redah je balik Kolej pukul 10 malam. Berjalan tak ingat dunia sebab sewa kereta tu yg sakan berjalan. and of course lah kena block 2 minggu sbb time ni kitaorg outing masa study week. so the next week kan exam so kalau kena block pun x kisah sbb malas nak outing pun time exam week. it was a great times dengan dorang. dorang ni semua classmates akak. tu yang best tu

ok i think that's all for now, hope banyak membantu korang dengan bebelan ni semua. haha kbye :D





6 comments:

  1. assalamualaikum ... nk tnya , matrik kelantan ni kat pasir puteh ke kok lanas ?? sbb tgk alamat kt selinsing , pasai puteh ... jd cam confius sikit ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu btul... saya yg stay kat klntn ni pun confuse -_-". Mana satu sbnrnya...

      Delete
  2. Waalaikumsalam. Okay dulu pun saya confuse juga dengan alamat dia. Sebenarnya kmkt ni dekat kok lanas.

    ReplyDelete
  3. salam akak , sblum msuk tu kna buat byrn ape ?

    ReplyDelete
  4. Salam akak....subject sc computer lbh senang drpd physics ke? Sc computer tu bljar pasal system computer ke?

    ReplyDelete
  5. salam awak. saya mintak guna gambar kmkt tu utk assignment ya.

    ReplyDelete